Luangkan Masa anda sebentar disini...

Mula-mula saya nak tanya anda, apa anda dapat setiap kali anda online ke Facebook,Friendster,Myspace,Tagged atau apa2 lagi social website yang lain?
Tak dapat apa-apa? RUGI...Setakat main game dapat point? RUGI...
Tapi saya tak rugi....
Nak tahu kenapa?

-$ebab $aya ada UN$TOPPABLE money-

Tak percaya? kenapa tak percaya... bukti dah ada kat saya.
Senang ke join biz ni? of coz la senang..kalau tak, saya pun tak join ;-D

Thursday, December 9, 2010

Nota Petikan Artikel DR.Azizan Osman

Nota Petikan Artikel DR.Azizan Osman

Salam Semua,Suka tak JIKA kita ada keturunan yang mewarisi kemiskinan kita?

Suka tak JIKA kita ada keturunan yang berjuang mempertahankan hidup papa atau kebocoran wang seperti kita?

Itu adalah 2 soalan andaian yang ditanya kepada saya 12 tahun dahulu oleh Bob Proctor, salah seorang lagenda pakar motivasi dari luar negara. Soalan yang menjadi pemangkin atau "turning point" kepada hidup saya dan ramai lagi yang lain.

Daripada pemerhatian saya bercakap dengan lebih 70,000 peserta sepanjang 2 tahun ini, saya mendapati yang ramai orang terutamanya orang MELAYU (Maaf kerana berterus terang), mereka lebih rela untuk tidak bertindak dan terus hidup pada "tahap kebiasaan" daripada mencuba untuk bertindak serta belajar daripada orang berjaya untuk berjaya untuk mengubah dirinya serta keturunannya menjadi orang yang berjaya!

99% orang yang belum berjaya terus hidup "biasa-biasa" bukanlah kerana mereka tidak boleh merubah hidup mereka menjadi kaya dan berjaya tetapi kerana 3 faktor penting:-

1. Mereka melabur di tempat yang salah. Mereka ingin kaya dan berjaya dengan cara "short-cut". Mereka lebih sanggup untuk melabur skim "biawak", "kucing" dan macam-macam lagi projek MLM yang akhirnya duit habis serta perniagaan gagal. Bukan kerana projek itu semua tidak bagus, tetapi mereka ini expect beri duit dan terus kaya tanpa perlu invest masa, tenaga dan wang untuk belajar dapatkan ilmu, mentor dan pelajari sistem yang berkesan! Contohnya ada kawan saya baru-baru ini teruja untuk buat bisnes MLM, dia berkongsi dengan saya betapa ramainya yang buat bisnes tersebut dan mencapai pendapatan RM60,000-80,000 sebulan. Saya cakap itu tidak pelik, malah patutnya boleh capai lebih dari itu, tetapi adakah kawan saya bersedia untuk memberikan komitmen 100% untuk belajar membina perniagaan tersebut daripada mereka yang telah berjaya?

Ramai yang tidak FOKUS, tidak beri komitmen yang tinggi, hangat-hangat tahi ayam, panas separuh jalan dan akhirnya tidak berjaya lalu dikatanya atau dikutuknya bisnes tersebut tidak bagus, ada yang lagi busuk hatinya siap buat forum di internet menjadi tempat untuk memburukkan bisnes tersebut atau individu lain. Sendiri tidak pandai menari dan salahkan lantai yang goyang! Itu Melayu yang pernah saya lihat! Bukan semua macam tu!

2. Mereka rasa "selesa" dengan hidup mereka tetapi pada masa yang sama secara sedar atau tidak, kos sara hidup semakin meningkat, kos pendidikan anak-anak semakin meningkat, keinginan semakin banyak tetapi ramai yang tidak sedar gaji anda peningkatannya sangat lambat. Setakat hidup tetapi tidak memaksimakan potensi diri, kekayaan dan kejayaan, anda rugi sebenarnya! Bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan rasa cukup. Keluarga anda layak hidup lebih baik daripada sekarang!

3. Mereka tidak pentingkan ilmu. Mereka sanggup belanja bergolok gadai untuk makan, minum, tukar sports rim, beli baju atau tudung baru tetapi ramai yang tidak sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan ILMU,MENTOR dan SISTEM. Tetapi bila orang lain berjaya, orang lain buat sesuatu untuk bantu orang lain untuk berjaya, mereka mulalah cari jalan untuk menjatuhkan orang lain.

Itulah orang MELAYU. Bukan semua! Bukan semua! Dan masalah ini bukan pada orang Melayu sahaja sebenarnya tetapi saya bercakap ini untuk anak bangsa saya! Ramai yang saya telah saksikan hidup mereka berubah daripada tiada pendapatan tetap bertukar menjadi lebih RM10,000 sebulan. Ramai graduan saya yang meningkat tahap kualiti kehidupan mereka menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan terasa keberkatannya.

Semuanya bakal berubah sekiranya anda bersedia untuk membina NILAI diri anda dengan mempelajari formula-formula kejayaan dan kejayaan daripada saya melalui program-program yang khas mengajar bagaimana untuk membina kekayaan & kejayaan hidup.

Ingin hidup kaya dan berjaya? Anda perlu ilmu kekayaan dan kejayaan yang diajar oleh guru yang telah berjaya serta telah mengajar ramai yang lain sistem kekayaan dan kejayaan! Masalahnya ialah, adakah anda jenis yang bertindak dengan pantas untuk dapatkan ilmu, mentor dah sistem?

Jangan wariskan kemiskinan kita!Fast Action, Fast Result!It's now or never! Peluang hari ini perlu diambil hari ini!



1 comment: